BFF Nora Elliesha - Akon, Kofi & Colby

"SAAT TERAKHIR"

"SAAT TERAKHIR" tak pernah terpikir olehku tak sedikit pun ku menyangka kau akan pergi tinggalkan ku sendiri begitu sulit ku menyangkal begitu sakit ku rasakan kau akan pergi tinggalkan ku sendiri di bawah batu nisan kini kau tlah sandarkan kasih sayang kamu begitu dalam sungguh ku tak sanggup ini terjadi karna ku sangat cinta ini lah saat terakhirku melihat kamu jatuh air mataku menangis pilu hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih satu jam saja ku telah bisa cintai kamu kamu kamu di hatiku namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup satu jam saja ku telah bisa sayangi kamu di hatiku namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup di nantiku

Friday, November 11, 2011

A beautiful SUNSET


Dah nak senja rupanya....
Macam mana dengan usia aku, sudah senja juga kan...tapi aku bersyukur tatkala usia aku menginjak senja, aku dikurniakan hidayah dan petunjuknya... Aku bersyukur Ya ALLAH dan terima kaseh Ya ALLAH...

Actually, petang ini aku rasa suram. Aku seperti dihempas kebatu atau mungkin aku dilontarkan kedasar laut yang biru.

Kalau benar apa yang aku lakukan dulu mengudang kemarahan Puteh, aku benar-benar mohon kemaafan atas kekhilafan diri dan juga atas ketidaksedaran diri. Kini aku menyedari aku ini tidak berhak untuk memiliki orang aku dambakan dan harapkan. Puteh sudah membuktikan bahawanya aku tidak layak untuk lelaki yang baik sepertinya.

Satu soalan yang ingin aku bertanya, hinakah aku mempunyai perasaan sayang pada seorang lelaki padahal lelaki itu sangat patuh pada ALLAH, Rasul dan Agama.

Mungkin kerana kelancangan mulut mahupun ketidakwarasan akal fikiran, aku meluahkan perasaan aku pada Puteh. Salahkah apa yang aku lakukan? Hina sangatkah aku ini?

Janganlah aku dikeji dan dihina. Aku juga tidak menyedari sejak bila aku menyayangi Puteh. Apa yang aku tahu yang aku jatuh cinta pada Puteh kerana agama yang ada padanya...

Jika benar sekarang apa yang Puteh lakukan adalah untuk memperli aku, memperlekehkan perasaan dan hati aku, menghina aku...Aku terima dan aku redha Ya ALLAH...sesungguhnya memang benar lelaki yang baik hanya layak untuk perempuan yang baik.

Bila kita bicara isu perempuan itu baik budi perkertinya. Aku nak tanya dan sampai saat ini aku tak dapat jawapannya. Macam mana kalian semua menjudge perempuan itu baik budi pekertinya dan perempuan macam inilah yang layak jadi isteri.

Dari segi method mana yang digunapakai sehinggakan, aku ini ditafsirkan bukan perempuan yang baik...

Adakah disebabkan aku ini jalannya tak serupa sopan dan ayu. Tidak berlemah lembut. Cakap pun kasar. Kadang2 ketawa sama2 dengan kaum lelaki.

Dan adakah aku ni dijudge tidak baik kerana solat nya tidak ke masjid. Dan selepas itu solatnya selalu lewat.

Dan adakah aku ini juga dijudge perempuan tidak baik kerana punya kekasih seperti Honey???

Hanya ALLAH Yang Mengetahui akan kisah silam hidup aku hingga kini, suka duka kehidupan aku, gelak tawa penuh senyuman dan tangisan berdarah dan hati aku luka bagai dicalar-calar dan ditoreh-toreh seribu...

Aku percaya apa yang berlaku itu adalah dugaan untuk aku sejauh mana aku mengingati ALLAH...

Dan aku juga percaya, ALLAH menurunkan ujian dan dugaan kerana ALLAH tahu aku boleh menghadapinya...

Aku percaya dengan Qada' Qadar ALLAH...

InsyaALLAH, kemanisan kebahagiaan pasti menanti aku satu hari nanti, mungkin didunia dan mungkin barangkali diakhirat.....

Semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa silam aku mahupun dosa kecil dan dosa besar. Dan aku memohon agar aku tidak hilang dari petunjuk dan hidayah ALLAH.

Amin

No comments:

Strawberry Letter 22