BFF Nora Elliesha - Akon, Kofi & Colby

"SAAT TERAKHIR"

"SAAT TERAKHIR" tak pernah terpikir olehku tak sedikit pun ku menyangka kau akan pergi tinggalkan ku sendiri begitu sulit ku menyangkal begitu sakit ku rasakan kau akan pergi tinggalkan ku sendiri di bawah batu nisan kini kau tlah sandarkan kasih sayang kamu begitu dalam sungguh ku tak sanggup ini terjadi karna ku sangat cinta ini lah saat terakhirku melihat kamu jatuh air mataku menangis pilu hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih satu jam saja ku telah bisa cintai kamu kamu kamu di hatiku namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup satu jam saja ku telah bisa sayangi kamu di hatiku namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup di nantiku
Showing posts with label Honey. Show all posts
Showing posts with label Honey. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Garuda Menangis....


Jam tepat pukul 9.30 pagi waktu Malaysia, dan sudah 9 jam yang lalu aku menunggu dengan penuh debaran. Siapakah layaknya bergelar juara dan meraih ibu segala emas. Adakah Garuda ( team yang aku suka dan perjuangkan kemenangannya..) atau adakah Harimau Malaya ?

Dan benarlah sesungguhnya hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui akan segala perkara ghaib dan nyata. Dan sudah tertulis bahawasanya Harimau Malaya yang layak menang dan nasib kemenangan memang benar-benar menyebelahi Harimau Malaya..

Keputusan 5-4 bukanlah satu keputusan yang boleh aku terima dek akal yang kurang ilmu pengetahuan tentang bola...

Dan aku bagi fan Garuda, aku berkabung kesedihan hari ini 22 november 2011...

Biarlah Garuda menangis untuk hari ini dan INSYAALLAH, akan tiba satu hari pasti Garuda akan bangkit memperjuangkan hak dan kemenangan...

Satu perkara yang aku benci adalah janganlah menghina dan mengutuk kerana kita ini semua adalah sama, dan apa salah orang-orang Indonesia pada kalian sehinggakan mengatakan ' Malam Ini Indon Menangis!... Garuda Sudah Jadi Gagak '

Apakah maksud kalian hingga sanggup mengatakan ' Garuda Sudah Jadi Gagak ' ?

Biarlah mereka dengan kata-kata mereka, akan tetapi aku fan setia Garuda. " Ayuh Garuda kita bangkit , jangan ditangisi kekalahan tetapi tersenyumlah bangga kerna Harimau Malaya menang cuma kerna nasib bukan kerna kehebatan diranjang padang bola...ayuh Garuda bangun, wakeup wakeup udah morning lovely "

Aku fan Garuda dan Honey fan Harimau Malaya. Honey selalu ngomong pada aku yang aku nie no sentimental value tapi apa aku peduli, diri aku dan aku punya suka lah nak sokong fan Garuda dan Honey kau tue yang lupa daratan sebenarnya....bukan aku!

p/s: aku fan Garuda tapi tak ada satu pun klon Akon cuma warna kulit saja yang sama tapi rupa paras dan bentuk badan macho takder satu pun sama seperti Akon. Bila lah agaknya klon Akon aku nie nak masuk team bola yang layak sebenar-benarnya. Aku tunggu janji kerajaan Malaysia dan FAM untuk serap klon Akon untuk tahun 2012 dan aku pun membilang hari demi hari...

TAMAT SUDAH EDISI GARUDA DAN AKU MENANGIS, 21.11.2011

Thursday, November 17, 2011

ALLAHU AKHBAR , ALLAH MAHA BESAR


SUBHANALLAH..... ALLAHU AKHBAR , ALLAH MAHA BESAR

Sangat cantik kan? Memang sangat cantik tapi aku lagi suka akan kecantikan nama ALLAH yang diukir itu.

Dalam kehidupan kita ini kita selalu menginginkan sesuatu yang indah dan cukup sempurna seperti pokok itu, mereka menginginkan keindahan dan kesempurnaan.. semoga mata-mata yang melihatnya dapat merasai akan kenikmatan dan kemanisan serta keindahan Islam.

" Dan semoga mata-mata Honey juga dapat merasainya dan terbuka dan dilembutkan hati dengan Islam, amin "

Begitu juga dalam kehidupan kita, kita tidak pernah lari dari ditimpa masalah dan kesulitan. Dan benda yang paling sulit dan sukar untuk kita adalah untuk menerima satu-satu kenyataan dan takdir yang ALLAH telah tetapkan untuk kita. Jika jawapan dan keputusannya memihak kepada kita, reaksi nya sudah tentu kita syukur ALHAMDULILLAH , kita akan suka, gembira dan senyum sepanjang hari kerana ALLAH telah memakbulkan apa yang kita minta dan inginkan. Dan cuba jika jawapan atau keputusan itu tidak memihak kepada kita. Apakah reaksi kalian? Adakah kalian akan bersyukur dan redha menerimanya?

Apakah yang mampu kalian lakukan ?

Memarahi? memusuhi? membenci? menyiapkan bala tentera untuk berperang…atau bagaimana?

namun dalam apa juga keputusan, perlu lah diingatkan, kita tidak boleh dan tidak mungkin dapat menandingi kuasa ALLAH SWT...kerana kita terlampau kerdil dan terlampau kerdil berbanding DIA.

Dari Surah Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang dusta?”

Oleh itu marilah kita renungi dan redhalah terhadap ketentuan ALLAH SWT dalam kehidupan kita. Pasti akan tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-NYA. Hanya ALLAH mengetahui akan segala perkara-perkara ghaib yang berada disekeliling kita, rezeki ajal maut jodoh semuanya ditangan ALLAH. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai ALLAH.

Dan apabila kita ditimpa akan kesulitan hidup, tariklah nafas dalam-dalam dan lapangkanlah dada, walaupun sehebat mana penyusunan kita, penyusunan ALLAH adalah yang terbaik buat kita, usah dibakar api dendam kelak darah tinggi yang menanti serta migrain yang mengunjung tiba, pejamkanlah mata, dan hadapi dengan senyuman, (seperti lagu indon tue, hadapi dengan senyuman) itulah ubat buat orang beriman, bilamana ALLAH beri ujian, maka ALLAH jua melihat keputusan yang kita ambil, adakah makin dekat atau makin jauh dariNYA..

Sama-samalah kita renungkan dan muhasabah diri....

Sunday, November 13, 2011

Berjutaan pepasir ditepi pantai, aku pilih berlian.....


Ini merpati sejoli dalam Cinta Dan Anugerah... Lokanan Cyntia (Eva Anidhita) dan Avian (Miller). Aku suka sangat scene Cyntia dan Avia yang mana Cyntia ini sangat-sangat mencintai Avian sehinggakan sanggup melakukan apa saja asalkan dapat memiliki Avian.

Dan akhirnya Cyntia dan Avian pun nikah, maka sah lah mereka berdua menjadi suami isteri, hidup aman bahgia. Rumahtangga yang dibina penuh badai, lumrah alam 'kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai' , memanglah kalau dibina rumah tepi pantai nanti tsunami, maka dengan itu baiklah berumah diatas bukit pasti no tsunami.hehehehe....

Rumahtangga yang dibina tidak lama kerana Avian mahu bercerai dengan Cyntia kerana Avian ada cancer otak stage four. Dan Avian tak mahu Cyntia sedih, merana dan sengsara, seperti kata papa Haris, ' mungkin Avian punya alasan yang kukuh untuk bercerai sama Cyntia ' dan memang benar cuma lelaki yang bisa memahami lelaki.


Disaat Avian menceraikan Cyntia, aku lihat Cyntia ibarat jasad saja yang tinggal, nyawanya sudah melayang entah kemana..sangat tegar akan dikau Avian menceraikan Cyntia walaupun alasannya mahu Cyntia bertemu dengan cinta yang membahagiakan, tapi siapa engkau memberi hak sebegitu untuk menentukan ranjau kehidupan Cyntia...

Dan disaat Cyntia menangisi akan kehilangan Avian selepas diceraikan, papa Haris ngomong memujuk Cyntia ' lelaki ini ibarat pepasir dipantai, pilih dan cari saja yang mana satu suka dihati ' dan aku suka sangat jawapan Cyntia " Cyntia, tak mahu pasir tapi berlian dan berlian itu adalah Avian....)" sangat hebat cinta Cyntia terhadap Avian..kagum akan aku sekejap.

Dan dulu juga aku anggap Honey adalah berlian diantara berjutaan pepasir dipantai tapi janji ALLAH siapa yang mengetahui. ' Berlian bagi aku belum tentu berlian bagi ALLAH ' . Maaf Honey ku pilih agama dan hidayah-Nya, cukup lah dosa-dosa dan maksiat aku lakukan bersama lelaki yang bukan halal untuk aku. semoga ALLAH mempertemukan aku dengan jodoh yang terbaik pilihan-Nya. Lambat atau cepat, akan aku sabar menanti. Aku yakin dengan janji ALLAH.

Dan malam ini scena yang aku tunggu yang mana Avian akan meninggal dunia yang fana ini dan Cyntia juga mengikuti Avian...yang pelik Cyntia ini sihat ALHAMDULILLAH tapi mungkin bisa orang sihat pun boleh meninggal. Kuasa ALLAH siapalah yang mengetahui... ( seperti arwah ayah aku, bisa kemasjid solat berjemaah subuh setiap hari dan Asarnya, tanda-tanda Malaikat Maut datang menjenguk dan akhirnya arawah ayah kembali berjumpa ALLAH pada subuh 11 Zulhijjah, itulah orang sihat jangan dikata akan sihat kerana kita tidak tahu bila ajal maut akan menjemput).

Dan meninggal lah Avian dan Cyntia bukan suami isteri tetapi mantan cuma...

Kadang-kadang cinta itu tak bermaksud memiliki, tapi cukup lah kita dapat menjaga orang yang kita sayang hingga akhir hayatnya...

Cinta itu suci dari ALLAH, cuma kadang-kadang kita lupa untuk menjaga dan menghargainya, selalu kita mengotorinya tanpa sedar dan segan silu...Dulu aku begitu dan kini aku insaf dan malu pada diri sendiri...Penyesalan setinggi gunung dan cuma kuharap selepas ini akan aku belajar menghargainya kerana cinta itu datang dari ALLAH...



Amin.....

Friday, November 11, 2011

A beautiful SUNSET


Dah nak senja rupanya....
Macam mana dengan usia aku, sudah senja juga kan...tapi aku bersyukur tatkala usia aku menginjak senja, aku dikurniakan hidayah dan petunjuknya... Aku bersyukur Ya ALLAH dan terima kaseh Ya ALLAH...

Actually, petang ini aku rasa suram. Aku seperti dihempas kebatu atau mungkin aku dilontarkan kedasar laut yang biru.

Kalau benar apa yang aku lakukan dulu mengudang kemarahan Puteh, aku benar-benar mohon kemaafan atas kekhilafan diri dan juga atas ketidaksedaran diri. Kini aku menyedari aku ini tidak berhak untuk memiliki orang aku dambakan dan harapkan. Puteh sudah membuktikan bahawanya aku tidak layak untuk lelaki yang baik sepertinya.

Satu soalan yang ingin aku bertanya, hinakah aku mempunyai perasaan sayang pada seorang lelaki padahal lelaki itu sangat patuh pada ALLAH, Rasul dan Agama.

Mungkin kerana kelancangan mulut mahupun ketidakwarasan akal fikiran, aku meluahkan perasaan aku pada Puteh. Salahkah apa yang aku lakukan? Hina sangatkah aku ini?

Janganlah aku dikeji dan dihina. Aku juga tidak menyedari sejak bila aku menyayangi Puteh. Apa yang aku tahu yang aku jatuh cinta pada Puteh kerana agama yang ada padanya...

Jika benar sekarang apa yang Puteh lakukan adalah untuk memperli aku, memperlekehkan perasaan dan hati aku, menghina aku...Aku terima dan aku redha Ya ALLAH...sesungguhnya memang benar lelaki yang baik hanya layak untuk perempuan yang baik.

Bila kita bicara isu perempuan itu baik budi perkertinya. Aku nak tanya dan sampai saat ini aku tak dapat jawapannya. Macam mana kalian semua menjudge perempuan itu baik budi pekertinya dan perempuan macam inilah yang layak jadi isteri.

Dari segi method mana yang digunapakai sehinggakan, aku ini ditafsirkan bukan perempuan yang baik...

Adakah disebabkan aku ini jalannya tak serupa sopan dan ayu. Tidak berlemah lembut. Cakap pun kasar. Kadang2 ketawa sama2 dengan kaum lelaki.

Dan adakah aku ni dijudge tidak baik kerana solat nya tidak ke masjid. Dan selepas itu solatnya selalu lewat.

Dan adakah aku ini juga dijudge perempuan tidak baik kerana punya kekasih seperti Honey???

Hanya ALLAH Yang Mengetahui akan kisah silam hidup aku hingga kini, suka duka kehidupan aku, gelak tawa penuh senyuman dan tangisan berdarah dan hati aku luka bagai dicalar-calar dan ditoreh-toreh seribu...

Aku percaya apa yang berlaku itu adalah dugaan untuk aku sejauh mana aku mengingati ALLAH...

Dan aku juga percaya, ALLAH menurunkan ujian dan dugaan kerana ALLAH tahu aku boleh menghadapinya...

Aku percaya dengan Qada' Qadar ALLAH...

InsyaALLAH, kemanisan kebahagiaan pasti menanti aku satu hari nanti, mungkin didunia dan mungkin barangkali diakhirat.....

Semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa silam aku mahupun dosa kecil dan dosa besar. Dan aku memohon agar aku tidak hilang dari petunjuk dan hidayah ALLAH.

Amin

Thursday, November 10, 2011

Ya ALLAH, apa yang perlu aku lakukan? '


Malik Abdul Aziz a.k.a Mike Tyson performing haji, with Kaabah behind him.


Subhanallah....


Itu saja kalimah yang dapat aku ucapkan. Maha Suci ALLAH. ALLAHU AKHBAR.....


Akhirnya Malik Abdul Aziz a.k.a Mike Tyson menjadi seorang muslim Islam, tapi bagaimanakah dengan Honey?


Di saat ini aku benar-benar dihantui dengan penuh kekesalan kerana membiarkan Honey hanyut dengan dunianya, dan jahatkah aku meninggalkan Honey. Terburu-burukah aku dalam mengecapi kabahagiaan sendiri tanpa memikirkan orang yang sudah banyak merubahkan hidup aku.


' Ya ALLAH, apa yang perlu aku lakukan? '





Friday, November 4, 2011

" CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR " - Sherina







" CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR " - Sherina


sebelumnya tak ada yang mampu

mengajakku untuk bertahan

dikala sedih


sebelumnya ku ikat hatiku

hanya untuk aku seorang

sekarang kau disini hilang rasanya

semua bimbang tangis kesepian


kau buat aku bertanya

kau buat aku mencari

tentang rasa ini

aku tak mengerti

akankah sama jadinya

bila bukan kamu

lalu senyummu menyadarkanku

kau cinta pertama dan terakhirku


sebelumnya tak mudah bagiku

tertawa sendiri di kehidupan

yang kelam ini


sebelumnya rasanya tak perlu
membagi kisahku saat ada yang mengerti

sekarang kau disini hilang rasanya

semua bimbang tangis kesepian


bila suatu saat kau harus pergi

jangan paksa aku tuk cari yang lebih baik

karena senyummu menyadarkanku

kaulah cinta pertama dan terakhirku


*******************************************************



Lagu nie yang mana pabila Cyntia udah bercerai sama Avian (Cinta dan Anugerah - episod 147).

Sangat sadis lagu ni yang mana aku sangat kesian kat Cyntia, tak adil Avian buat Cyntia macam tue walaupun alasan nya Avian mau Cyntia mencari lelaki yang lebih baik dari dia tapi kau sangat tegar Avian sebab tak mau Cyntia jaga kau disaat kau sakit cancer otak stage four.

Dan lagi tegar membiarkan mantan isteri abang kau, Aira untuk temani dan habiskan sisa-sisa hidup kau. Kau sungguh lelaki yang tegar, Avian.

Dan selapas ini bermula episod Cyntia mencari Avian. Sebagai perempuan aku nak nangis sebab nasib Cyntia sama seperti aku. Honey meninggalkan aku supaya aku dapat berjumpa lelaki yang lebih baik dari dia dan tahukah kau Honey bahawasannya aku belum bersedia berjumpa atau mencari lelaki lain selain kau. Dan belum terniat atau terlintas dihati, walaupun antara agama dan cinta, aku pilih agama. Aku belum bersedia....

Seperti dalam lirik lagu nie ' bila suatu saat kau harus pergi, jangan paksa aku tuk cari yang lebih baik, karena senyummu menyadarkanku, kaulah cinta pertama dan terakhirku ' ..... Aku akan tetap setia menanti walaupun penantian itu cuma sia-sia, akan tetapi penantian itu boleh membuat aku tersenyum dan bahagia, aku pasrah meneruskannya...






Wednesday, November 2, 2011

Sejuta Harapan Yang Indah


" Manusia diberi hak seluas-luasnya untuk berusaha dan terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa. "

Seperti mana kita teringin makan sesuatu yang enak, tapi bolehkah ia hadir tanpa kita berusaha seperti gigih bekerja untuk mencari duit yang halal sebelum memiliki makanan yang enak tadi. Maka usaha itulah yang akan menjadi penentu pada ketentuan takdir Ilahi.

Seperti juga dalam pencarian jodoh. Lumrah alam manusia itu ingin memiliki dan dimiliki. Aku juga tidak ketinggalan dalam bab ingin memiliki dan dimiliki.

Kerana aku ingin memiliki impian aku itulah yang membuat aku tersasar dari landasan kebenaran. Aku jauh tersesat......

Dan kini aku menyedari dan aku nekad untuk bangkit demi membersihkan segala kekotoran yang pernah aku calitkan dulu. Aku menyesal dengan penuh penyesalan akan dosa-dosa silam ku. Aku bersyukur kerana ALLAH maseh bersama aku lagi dan ' terima kaseh akan kaseh sayang-Mu Ya ALLAH '.

Dulu, antara cinta dan agama. Aku pilih Honey. Aku pilih cinta. Tetapi aku tewas akhirnya.

Kini, antara cinta dan agama. Aku pilih agama. Aku pilih Puteh. Aku pilih akan kesempunaan untuk dunia dan akhirat. Aku pilih kebahagiaan akhirat.

Aku tahu yang mana jodoh ialah salah satu qada' ketentuan Allah Taala seperti rezeki dan ajal seseorang insan yang bernama manusia. Semuanya itu termaktub sejak azali lagi.

Seperti mana kawan aku pernah bilang ‘ kita tidak boleh berserah bulat-bulat hingga terkulat, apabila sampai suatu masa kita telah berputus asa dan mengatakan ini adalah takdir Ilahi. Apakah kita tahu itu ialah takdir Ilahi? '

Maka sebab itu lah hingga kini aku berusaha, berikhtiar dan berdoa supaya jodoh itu aku miliki. Sesungguhnya doa adalah senjata orang mukmin. Mendekatkan jodoh dengan doa adalah amalan para solifus soleh. Dan itulah yang aku praktikkan.

Dan seterusnya aku berserah dan bertawakal pada ALLAH.

Dan apa jua keputusan akan aku terima dengan penuh keredhaan dan ketelusan hati.

Amin

p/s: aku sedar diri yang mana aku telah ditolak untuk kali pertama, tetapi aku yakin dengan janji ALLAH.

Friday, October 28, 2011

Antara Cinta dan Agama, aku pilih agama




Antara Cinta dan Agama, aku pilih agama....


" Aku menyintaimu kerana agama, yang ada padamu, jika kau hilangkan agama yang ada dalam dirimu, maka hilanglah cintaku pada mu..."



Aku nekad untuk memulakan langkah dengan kaki kanan aku untuk mengharungi hidup yang mendatang...


Pasti apa yang berlaku ini pasti ada hikmah dan ganjarannya.


"Sesungguhnya ALLAH tidak akan memberi apa yang kita minta, akan tetapi ALLAH memberi apa yang kita perlu sebenarnya dalam kehidupan ini. Dan sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui akan mana yang lebih baik dan yang terbaik untuk kita." ( petikan dari dialog Cinta Dan Anugerah)


Terima lah ia dengan penuh ketelusan dan penuh keredhaan.


Amin.

Aku kangan sama kamu Honey



{ Salman Khan with Katrina Kaif - Yuvvraaj}



" Belajarlah mencintai orang yang hari ini masih milikmu sebelum dia pergi dari hidupmu. Hari ini mungkin dia masih mencintaimu, tapi mungkin esok tak kan ada lagi cinta untukmu dan mungkin esok kamu yang akan lebih mencintai dia ketika dia telah pergi. Jadi, jangan pernah sia-siakan cinta yang sekarang ini mengisi hatimu "


Peringatan buat aku yang untuk menepuhi hari-hari yang akan mendatang. Aku telah pun kehilangan Honey sama ada secara rasmi atau tidak, aku pun masih tidak pasti.

Dan hari ini aku terpanggil untuk pergi ke Sunway Carnival. Hati aku ada disana. Wajah Honey menghiasi segenap ruangan Studio. Aku kangan sama Honey!

Aku terlalu kangan.

Pada dasarnya luaran aku tampak gembira tetapi hakikatnya aku sakit dalaman. Hati aku sakit dengan penuh kerinduan pada Honey. Hanya ALLAH yang bisa mengetahui betapa hebat nya aku merindukan lelaki yang aku sayangi dan cintai, Honey.

"Ya ALLAH, tabahkan lah hatiku untuk aku menempuh hari-hari yang akan mendatang ini.Amin"




Wednesday, October 19, 2011

I will always keep you in my heart...


I will always keep you in my heart...

Cinta Honey tetap aku simpan dan jaga ngan penuh rapi dalam hati...mungkin mata aku penuh lirikan yang ala-ala bangsat punyer lirikan tapi yang pasti lirikan sayang hanya untuk kamu seorang Honey. Mana mungkin aku akan menduakan kamu....

Aku akui kengkadang aku terlupa punya kamu, tapi seharusnyer kamu perlu mengerti kan bahawasanyer belum ader nyer ikatan yang halal maka aku berhak buat lirikan ala-ala bangsatkan...

Bukan ingin memiliki tapi just for fun di hujung minggu....tapi aku lakukan depan kamu kan dan mungkin ader dibelakang tapi percayalah yang tulus lagi suci murni hanya untuk kamu...

Mana bisa aku bercinta cintaan ngan dua cowok dalam satu masa...

Percayalah Honey, cuma kamu dan sampai saat ini maseh kamu lagi di hati....




Hari silih berganti hari , aku tetap dengan penantian menunggu kamu... Kini aku seperti kehilangan kamu ntah dimana...

Honey, perlukah aku terus menunggu???

Ngomong pada aku Honey, sampai kapan perlu aku begini... aku sangat perlukan kamu untuk hari yang mendatang dan menceriakan aku.

Aku kangan bangat sama kamu Honey....



Malam ini aku nunggu kamu lagi...tapi kamu dimana
Aper benar kamu udah hilang dari mata aku, tapi bagaimana ngan hati kerna aku masih lagi simpan kamu dihati....



Honey, dan mungkin kah hari ini aku bisa putuskan untuk jauh dari kamu....
Dan dapatkah aku langkahkan kaki untuk pergi dari duniamu....Sungguh aku sangat kangan dan sayang akan kamu tapi demi kebaikan bersama aku perlu.....Kau gantung aku tanpa tali....

Apa maksud kamu membiarkan aku bersendirian kangan sama kamu.....

Benar dan sungguh yang aku nekad membawa diri jauh dari dunia cinta dan jauh dari dunia lelaki... Aku sakit dan kau sangat tegar melakukannya...

Jika benar aper yang tersurat maka leraikanlah yang tersirat...

Jika dulu dengan kesopanan dan tatsusila nyer kita mencantum dua hati dan kini untuk meleraikannyer kita juga perlu melakukan nyer dengan penuh sopan dan berhemah agar tiada sesaper yang akan terluka...

Tapi yang pasti aku lah perempuan yang terluka dan dilukai.....

Sejauh maner parah nyer luka itu atau pun dalamnyer luka itu, aku cuma mampu berserah pada Yang Esa.

Akan ku pastikan kaki ku maseh lagi dapat melangkah ke depan tanpa belok kanan atau kiri ataupun U-turn. Akan aku pastikan straight..lurus.....

Dan seperkara Honey pulangkan hati aku yang telah kau remukkan...



Tuesday, October 18, 2011

"Sorry, Blame It On Me"


Aku maseh lagi kat ofis... Aku nekad nak pehabihkan siri "KABAYAN JADI MILYUNER".
Aku suker bangat citer nie yang mane mengisahkan betapa suci kaseh sayang dan cinta itu berhak dimiliki..Aku suka karakter Kabayan yang mana Kabayan nie separuh nyawa dan sanggup menyahut aper jua cabaran semata-mata untuk memiliki Nyi Iteung...yang pastinyer jika lau Kabayan dapat 1 million dier pasti dapat nikahi Nyi Iteung. Itu syarat nyer.

Dan pasti lah endingnyer memang hepi ending dan i like it...Akhirin Kabayan jadi nikahi Nyi Iteung....

Aku malas nak story pasai citer nie dan korang kalau nak tau perlu lah nonton sendiri dan fahamilah sendiri serta jangan lupa menghayatinyer....KABAYAN JADI MILYUNER bukan semata-mata pasai cinta cewek dan cowok tapi juga berkisarkan keagamaan..pastinyer sesuai untuk semua dan aku menakrifkan ianyer adalah untuk tontonan umum...

Dan hari nie macam biasa kaki ku pasti akan melangkah ke tempat kerja untuk mendapat sesuap nasi.

Actually aku nie banyak kerja nak kena buat tapi barangkali aku nie memang tiada semangat untuk meneruskan rutin pekerjaan seperti biasa. Aku maseh lagi dalam mood malas dan patah hati. Aku kecewa bangat tatkala aku patah hati lagi...Aduhhhh, sakit nyer hati aku tapi bak kater Akon " life must goes on I’m starting to learn more and more about responsibility"

Mungkin kali ini benar-benar pengajaran untuk aku biler maner kau seharusnyer menghormati lelaki itu selayaknyer dia bergelar lelaki dan jangan sesekali kau palitkan maruah nyer dengan kata-kata kesat dan hinaan...kerna sesungguhnyer kesabaran dan penerimaan lelaki ada batasannyer.

Dan bila ditanya adakah benar-benar aku sudah break up with Honey dan pasti jawapan aku adalah aku tidak tahu..Dan aku juga tidak tahu kemana Honey menghilang. Aku buntu dari hari ke hari. Kemana Honey pergi sebenarnyer? Honey tak pernah pergi tanpa meninggalkan pesan.

Persoalannyer kemana Honey menghilang???

Aku kini digantung tak bertali oleh Honey...

Semangat aku pergi biler maner suara yang sering mendodoikan aku tiap malam menghilang tiba-tiba. Sering kali aku teringatkan Honey yang jauh dimata dan hakikatnyer aku tidak nampak dan mengerti mengapa Honey berdiam diri hingga kini...Dan apa salah aku hingga Honey sepikan diri dari aku?

Benarkah Honey sudah meninggalkan aku dan apa alasan Honey memperlakukan aku sedemikian?

Jangan kau lakukan ini Honey biler maner madu yang aku curahkan dan racun yang kau balas pada aku.

Honey, berikan lah penjelasan mengapa mesti kau sepikan diri?

Honey, I realize everything I do is affecting the people especially YOU. So that I want to take this time out to apologize for things I have done to You...I'm really sorry Honey. ( lirik AKON lagii aku cilok wat madah cinta aku.hehehehe)

dan lagi dari AKON wat Honey yang tersayang...
I’m sorry for the times I left you home
I was on the road and you were alone
I’m sorry for the times that I had to go
I’m sorry for the fact that I did not know
That you were sitting home just wishing we
Could go back to when it was just you and me
I’m sorry for the times I would neglect
I’m sorry for the times I disrespect
maaf dan barangkali ucapan maaf dari aku ini memang tiada nilai dan memang tak bernilai jika dibandingkan dengan kepedihan yang Honey tempuh sepanjang bersama aku...benar kerna mulut badan yang binasa dan begitulah diibaratkan dengan aper yang aku alami ini kerna kelancangan mulut yang bak durjana ini aku kehilangan Honey wat kali keberapa aku pon dah tak pasti.

Akhirnya Honey aku pergi lagi dan tidak pasti sama ader untuk selamernyer atau sementara...Dan aku pohon keajaiban akan berlaku biler maner Honey pasti akan kembali disisiku dan tiada janji yang ingin aku lontarkan kerna aku tak pasti sama ader aku bleh berubah atau tidak..

Kengkadang perubahan yang baik adalah kebaikan untuk bersama...

Lastly, I’m really sorry for the wrong things that I’ve done to you my guy...



Monday, October 17, 2011

Love & Break Up


Tatkala kini hubungan ku ngan Honey bagaikan retak menanti belah. Tiga tahun aku menyemai kaseh, mengenali hati budi dan pendirian tapi itu semua bukan janjian bahawasanyer kau dan dia akan bersatu... Benar cinta itu tidak semestinyer memiliki.

Aku benar-benar merindui Honey tapi kini Honey menghilangkan diri secara tiba-tiba...Kamu dimana Honey???

Apa salah aku hinggakan Honey tegar menyepikan diri...aku benar-benar kangan sama Honey. Sesungguhnyer ALLAH Maha Mengetahui betapa hebatnyer aku berperang ngan perasaan aku tatkali ini.

Honey, aku mungkin tidak seromantis seperti kamu..Aku tak pandai bermadah akan tetapi fahamilah akan sebenarnyer bahawasa nyer aku benar-benar menyayangi mu dan ingin memiliki mu... Dan aku benar-benar kangan sama kamu Honey.

Honey, bukan mudah aku nak mengubah pendirian aku..aku pernah bilang sama kamu walau sesusah mana sekalipon kita akan tempuh bersama...itu janji kita kan. Tapi kini kenapa kau berubah???

Bagi aku Honey adalah lelaki yang baik untuk aku. Itu pada pandangan mata aku. Honey, untuk melupakan kenangan yang indah dan pahit bukannyer sesuatu yang mudah...ianyer terlalu sakit untuk dilupakan dan bukan mudah untuk aku mengubah pendirian yang aku tetapkan...

Mana mungkin kesetiaan dan kaseh sayang ini akan aku ubah dalam sekelip mata...Memang benar Puteh itu baik orangnyer tapi aku belum bersedia untuk benar-benar mencuba. Aku tak mampu...

"Ya ALLAH, berilah aku petunjuk dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang mendatang. Cinta manusia yang bernama lelaki itu sangat sakit...dan ketemukan lah aku dengan cinta lelaki yang Engkau redhai dunia dan akhirat.Amin"

Dan buat Honey tersayang, ini luahan dari hati aku sendiri.....

jauh sudah ku jalani
kisah cintaku yang penuh berduri di hati
saat ku hancur dan rapuh
ku tak yakin lagi cinta di dunia ini
hari ku lalui
tanpa ku sadar ada yang basuh hati
kubanyak yang inginkan dia
dia yang tercantik hingga luluhkan hati
yang tulus mencintaiku, menyayangku

memahami setiap nafasku
saatku yakin dialah milikku
sungguh engkau sempurnakan hidupku
dan Tuhan masih menyayangi aku

Ia beri kau untukku
tanpa pernah ku sadari

sempurnanya hidupku









Wednesday, October 12, 2011

"PERIGI CARI TIMBA" - edisi khas


Entry aku sebelum nie "PERIGI CARI TIMBA" memang benar-benar bikin aku panasaran. Hari Isnin 10 Okt 2011 bersamaan 12 Zulkaedah 1432H aku benar-benar melakukan seperti dalam entry aku. Pertama kali aku melakukannya mengikut seperti yang disuruh dan mengikut adat serta adab dalam Islam dalam erti kata aku nak jadi "PERIGI CARI TIMBA".

Seperti aku bilang berdoa tanpa usaha tiada gunanya dan tidak akan kemana...Jika dipendam rasa itu seorang diri kelak akan memakan diri sendiri...Lantaran itu satu keputusan yang aku buat yang mana ia baik untuk diri aku dan masa yang mendatang dalam kehidupan aku..

Menggunakan orang tengah merupakan medium yang aku rasa ia nyer lebih selamat. Dan insan yang bertuah itu pun aku pilih kerna age nyer mungkin sebaya arwah ayah aku ( almaklumlah aku nie kan anak yatim, ayah dah tak der). Aku mempercayai nyer dan aku amanahkan nyer untuk merisik khabar akan lelaki yang aku ingin kan iaitu Puteh...

Terasa cepat masa berlalu dan sangat pantas meninggalkan aku... Dan hari nie Rabu 12 Okt 2011 bersamaan 14 Zulkaedah 1432H, aku sudah mendapat aper keputusan dari Puteh melalui orang tengah yang aku anggap seperta ayahku sendiri.

Sudah ku agakkan jawapan nyer pasti mengecewakan aku. Penolakan Puteh penuh berhemah atas alasan maseh lagi belom bersedia untuk melupakan arwah isterinyer. Aku sedar dan aku mempercayai bahawasanyer Puteh sangat mencintai dan menyayangi isterinyer dan kedatangan aku dalam kehidupan Puteh bukan mahu menyuruh dia melupakan arwah.

Saper lah aku yang begitu tegar untuk menyuruh Puteh melupakan arwah...Dan aku tak akan sesekali melarang Puteh mengingati apatah lagi menyuruh Puteh melupakan.

Aku pernah kehilangan ibu saudaraku ( Mak Usu) yang paling aku sayang. Yang banyak membantu aku ketika keluarga aku dalam kesusahan dan kesempitan hidup...Dan aku nyaris-nyaris berhenti sekolah der kerna susah nyer hidup keluarga aku ketika itu dan kerna arwah Mak Usu lah yang membantu aku dari segi keewangan maka aku berjaya sampai ketahap ini...aku bersyukur pada ALLAH kerna memberi aku arwah Mak Usu yang paling baik didunia ini..Terima Kaseh Mak Usu

Dan tatkala aku ingin berjaya, ayah aku plak pergi berjumpa ALLAH dalam keadaan sehat walafiat...Akulah orang yang tak dapat menerima kenyataan itu dan aku jugak hampir putus asa dan putus harapan dalam hidup aku. Aku diibaratkan kaki ku patah sebelah dan bagaimana aku nak harungi hidup tanpa kaseh sayang seorang ayah. Dan seminggu gak lah aku tak kekuliah kerna ku fikirkan untuk aper aku ke kuliah? Aku belajar pandai-pandai semata-mata untuk balas jasa mak dan ayah aku tapi kini ayah aku dah tak der cuma mak jer yang tinggal.

Cuma sebelum ayah aku pergi, ayah aku pernah berpesan agar aku menjaga keluarga aku dengan sebaiknyer dan pastikan adek-adek aku terjaga dan berjaya dan lebih-lebih lagi yang paling kecik dan ketika itu baru berusia 7 tahun. Adek aku tue paling rapat ngan ayah aku dan kemana saja ayak aku pergi pasti dia akan mengikut..

Adek aku tue adalah insan yang paling sedey sekali dan selalu membawa diri ke belakang rumah untuk menangis sorang-sorang. Pertanyaan nyer selalu adalah kenapa aku tak bawa dier jumpa ayah masa ayah aku terlantar dalam ICU...Dier nak sangat jumpa ayah aku..

Selepas pemergian ayah, dari hari kehari adek aku tue menjadi pemurung dan senyap, makan pun tak berselera, dulunya badan berisi ketika bersama ayah tapi selepas ayah tiada, adek aku kurus seperti orang sakit rindu. Dan lantaran itu, ibuku berubat untuk memulihkan semangat adek aku yang sudah hilang....Dan kini adek aku ceria kembali dan berisi seperti sedia kala dan tampak lebih montel dan sangat comel....geram aku sampai nak cium-cium walaupon dah besar panjang 13 tahun.

Dan kini ayah aku dah 6 tahun berjumpa ALLAH.... dan keluarga ku juga sudah banyak berubah dan makin bertambah ahli keluarganya... Dulu mak aku sakit dan kini ALHAMDULILLAH mak aku sehat dengan izin ALLAH .

Aku tahu macam maner peritnyer kehilangan orang yang kiter sayang sebab aku pon pernah mengalaminyer. Orang yang kau sayang itu pergi secara tiba-tiba... Dan biler diingat kau pasti akan menangis sebab aku belom puas berdamping dan bermesra ngan ayah aku....Jauh dilubuk hati, aku sangat merindu kan ayah aku dan aku berbangga dan bersyukur biler mana ibu maseh setia ngan ayah dan mahu berjumpa ayah...

Aku selalu berpegang dengan kater-kater, biler mana berlaku kematian pasangan samada suami atau isteri maka roh pasangan sentiasa akan pulang kerumah biler mana pasangan itu maseh setia dengan ikatan dan akan tetapi jika sudah terlerai ikatan ngan perkahwenan tuk kali kedua maka roh itu cuma datang menjenguk tanpa memasuki rumah...dan sebab itu aku tak nak mak aku kawen lain dan aku akan protes giler-giler...

Dan begitu jugalah ngan Puteh selayak nyer... Aku tak marah tapi aku sedey kerna aku ditolak walaupon penolakan itu berhemah..Dan paling membuatkan aku bangga ngan Puteh akan kesetiaan nyer pada arwah dan bertapa sayang nyer pada arwah..Aku dengan penuh keikhlasan hormat akan pendiriannyer...Dia adalah lelaki yang terbaik dan setia pada yang satu dalam berjuta-juta lelaki didunia nie...

Ku ibaratkan kesetiaan Puteh seperti ayah Honey yang maner hingga kini maseh lagi setia dan menyayangi pada arwah isteri... Dan bagi perempuan itu sangat berungtunglah kerna memiliki mereka sebagai pasangan hidup didunia ini dan mungkin juga untuk akhirat....

Dan buat Puteh, jika terbaca blog aku nie... saya tak marah tapi lumrah perasaan sedey dan malu tue pasti ader kerna saya seperti perigi yang cari timba tapi kalau tak diusaha manakan saya berjaya. Dan jika saya memendam rasa saya yang akan merana. Dan sebelum saya merasai lebih merana lebih baik berterus terang...Saya hormat pendirian Puteh dan berdoa agar Puteh dapat menjalani kehidupan yang mendatang ngan lebih baik... Dan saya tak pasti samada mahu menunggu atau tidak biarlah ALLAH yang menentukannya...saya selayak nyer berdoa agar dijodohkan dengan lelaki yang beriman dapat membimbing saya dan menerima saya seikhlas hati...begitu juga doa saya untuk Puteh. Amin.....

~ T ~ A ~ M ~ A ~ T ~


Tuesday, October 11, 2011

TAK SALAH PERIGI CARI TIMBA



Petikan dari http://www.jodoh4u.com/public/articles.cfm?art_id=16


LUAH DENGAN BERADAB
***************************
Dr Robiah Kulup Hamzah, pakar motivasi RKH Motivasi Services Sdn Bhd menyatakan wanita memang wajar meluahkan rasa hati tetapi dengan cara beradab. Ia merujuk pada kisah Siti Khadijah r.a yang meminang rasulullah S.A.W. Jika masa dulu masyarakat kita dahulu mengangap wanita memikat lelaki dikatakan "perigi cari timba", tetapi pada zaman sekarang kata bidalan itu tidak begitu sesuai kerana kini ramai wanita yang sudah berkerjaya, berfikiran terbuka dan punyai kedudukan. Sekiranya wanita mengambil langkah pertama untuk mendekati si lelaki, maka ia mengurangkan masalah lambat kahwin atau skandal yang tidak halal.

Apa bila timbul perasaan atau desakan mencari pasangan, gunakanlah adab-adab yang baik termasuk penggunaan bahasa yang sesuai, cara penyampaian ayng baik, suasana persekitaran dan penampilan diri menarik. Contohnya, jika anda suka dengan teman sepejabat, tidak perlu terlalu terbuka sehingga orang yang disukai rasa terkejut dan menggelabah.

Elakkan perangai mabuk cinta seperti perbuatan merayu dan memujuk agar lelaki itu menerima cinta anda. Ataupun dia sanggup datang ke rumah lelaki itu demi menunjukkan dia benar-benar sukakannya. Kena ingat, tidak semestinya anda cakap suka, orang itu boleh terima. Oleh itu jangan terlalu mengharap.

Dr. Robiah menyatakan apabila cinta itu ditolak, jangan rasa malu, rasa terhina atau rendah diri. Anggaplah ianya normal. Bersabarlah, beristiqamah dan jangan putus asa. Mungkin pertama kali ditolak tetapi usaha kedua atau seterusnya mungkin berjaya. Orang yang jenis pemalu dan lembut tidak kira lelaki ataupun perempuan yang tidak berani bersemuka boleh minta pihak ketiga untuk mencantumkan dua hati. Cumanya orang ketiga itu hendaklah orang yang boleh dipercayai, pegang amanah, berwibawa, ikhlas dan bukannya secara rasuah.

Cara menggunakan SMS dan surat layang pun boleh digunakan untuk menyampaikan maksud hatinya. SMS merupakan medium yang paling berkesan, cepat dan rahsia. Cumanya perlu berhati-hati dengan penggunaan perkataan supaya wanita itu tidak menampakkan mabuk cinta dan imej peribadi murahan.

Untuk memilih pasangan, pilihlah yang lelaki mempunyai personaliti yang baik dan diyakini. Wanita perlu lihat kekuatan diri dan buat kajian terhadap orang yang disukai sebelum melontarkan perasaannya. Mungkin apabila sudah mengenali lebih dekat, wanita itu tidak suka atau berasa tidak serasi dengan personaliti lelaki itu sebenarnya.

Terdapat 3 jenis cinta iaitu:
1. Cinta nafsu: Lelaki menyukai wanita kerana kecantikan fizikal.
2. Cinta nak guna: Llelaki mahukan wanita itu kerana kedudukan, kecantikan untuk kepentingan dirinya.
3. Cinta ikhlas Datang dari hati: Cinta ikhlas ini mewujudkan perasaan debar dan ada kalanya berpeluh-peluh apabila berjumpa, tidak berani bertentang mata dan perbuatan menjadi tidak tentu hala. Ini kerana wujudnya getaran antara dua jiwa.


JANGAN TERLALU MENUNJUK
*********************************
Dr Ridzuan Noor, pakar terapi aura dan pengasas Aura Harmoni berpendapat sebelum meluahkan perasaan cintanya, wanita perlu lihat pihak lelaki itu. Tidak salah jika wanita memulakan langkahnya memikat lelaki yang disukai kerana ada orang yang tidak tahu dirinya diminati atau tidak berani mengemukakan perasaannya.

Bagi saya, wanita boleh menyatakan perasaannya tetapi tidaklah sehingga dirinya nampak murahan. Kita masih berpegang kepada budaya ketimuran iaitu wanita punya sikap malu dan lemah lembut. Apabila suka dengan si dia, janganlah terlalu menunjuk sangat sebaliknya jaga imej dan maruah diri. Tidak semestinya wanita perlu mulakan bicara cinta agar lelaki itu tahu perasaan yang bersarang di hatinya.

Sebaliknya wanita boleh menggunakan pendekatan seperti mengambil berat dan menunjukkkan kecenderungan minat yang sama terhadap lelaki itu. Apabila sudah rapat dan minda jadi terbuka, lalu mudah untuk bercakap dari hati ke hati. Wanita yang ditolak cintanya perlu berfikiran positif. Biarpun tidak menjadi pasangan, teruskan perhubungan sebagai rakan. Secara tidak langsung lelaki itu akan hormat kepada wanita yang bersikap matang. Mungkin satu hari nanti lelaki itu terbuka hati untuk menerima wanita itu. Hati manusia bukanlah hati batu, lambat laun ia akan cair juga. Jika ada jodoh, tidak kemana, ujar Dr Ridzuan.

Kebanyakan lelaki tidak memilih pasangan disebabkan kecantikan fizikal semata-mata kerana ia tidak akan kekal. Mereka lihat wanita dari segi hati budi dan sikap. Kita kenal dia cara matang dan bukannya cinta monyet. Biarlah perkahwinan yang dibina berkekalan. Lelaki yang matang akan memilih wanita dari segi personalitinya. Kita perlu faham untuk memikat seseorang untuk sementara atau selamanya.

Lelaki biasanya terpikat kepada wanita yang lemah lembut, berbudi bahasa, pemikiran matang. Wanita jenis ini boleh dijadikan kawan dan kekasih. Jika lelaki itu terpikat dengan wanita kerana seksinya, lama kelamaan ia akan menjadi seksa. Ini kerana suami tidak suka isterinya kelihatan seksi di luar rumah. Ia boleh menimbulkan penceraian, ujar Dr Ridzuan yang turut menyatakan selain fahami kelebihan dan kesukaan lelaki itu, wanita perlu minta hajatnya kepada Allah SWT.









“Ya Allah Ya Tuhanku kurniakanlah kepada kami isteri (atau suami) serta anak-anak yang menjadi penyejuk mata hati kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan kepada orang-orang yang bertakwa.”





Friday, October 7, 2011

PUTEH itu suci....

dunia nie sangat kejam....dan mungkin tak adil bagi aku...
ari nie ari jumaat yang maner ari penghulu ari bagi sabtu ahad isnin selasa rabu khamis... tapi hari nie gak aku sedey dan aku terluka.

peritnyer hati aku nak menerima kenyataan... luaran aku tampak hepi tapi dalaman aku berperang ngan perasaan aku sendiri... aku sedey biler maner kaseh sayang dan perasaan aku ditolak lagi sekali. tahun nie dua kali aku ditolak...
kali nie aku pendam rasa tapi aku tak sangka aku akan sakit macam nie... aku ingin luahkan,bicara dari hati ke hati tapi maner aku mampu,aku tak berdaya... aku pendam rasa tapi aku juga yang kecewa dan makan hati berulam jantung..

aku cuma mampu berdoa agar pintu hatinyer terbuka untuk aku tapi keajaiban itu tak datang dengan sendiri.. benarlah aper yang dikata,kalo mahukan sesuatu berusaha,berdoa dan bertawakal..setakat berdoa tanpa usaha tak akan kemana jadinyer...
benarlah aper yang dikater, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik...maner mungkin aku untuknyer....

Ya ALLAH, ujian aper lagi yang aku terima ini, hati dan perasaan aku sakit lagi kerna lelaki. Puteh lelaki yang baik yang pernah aku sanjung dan sayang kini bakal jadi milik orang lain. maka beruntungnyer wanita itu yang dapat memilikinya sebagai lelaki yang halal untuknyer.... dan mungkin ini balasan untuk ku kerna menipu hati dan perasaan sendiri... aku tak berniat untuk menyangkal akan perasaan tapi sekarang semuanyer sudah terlambat...aku kecewa,aku patah hati....terasa semangat hidup, semangat untuk cinta itu sudah hilang dan maner mungkin aku akan bangkit lagi... hari ini aku jatuh tersungkur kerna aku sendiri...

dan salahkah aku memendam rasa tanpa meluahkan?
dan salahkah aku cuma berdoa tanpa berusaha?
aku mengharapkan keajaiban biler maner aku ingin kau memahaminyer tapi...
aku terlambat.

Ya ALLAH,aku suka dia (Puteh),aku sayang dia dan dialah lelaki yang aku cari untuk bimbing aku dunia dan akhirat tapi aku dah terlambat biler maner dia bukan untuk aku...dan mungkin aku bukan lah perempuan yang baik untuknyer dan dia juga mungkin tidak dapat menerima kelemahan dan kekurangan diri aku...jika benar aper yang tersirat, maka berilah aku kekuatan untuk menempuh hidup aku yang penuh liku-liku..dan ketemukan aku dengan seorang lelaki Islam yang dapat membimbing,menerima aku seadanyer dan menyayangi aku dengan seikhlas hati....
aku terima aper yang terjadi dengan penuh keikhlasan yang maner dia bukan untuk aku dan aku mungkin untuk orang lain dan mungkin lelaki itu adalah Honey....

bukan aku tak sayang kan Honey maka ku berubah ke Puteh.

aku suker Puteh since wife nyer pulang berjumpa ALLAH... tapi aku pendam rasa itu, aku sedar diri,maner layak aku untuk nyer???
Puteh adalah lelaki Melayu yang aku inginkan tapi maner mungkin Puteh sudi terima aku. katernyer sayang sangat pada arwah, setianyer pada arwah tapi akhirnya aku yang kempunan...salah aku gak..

orang selaku kater,kalo pompuan lakinyer mati yang dia boleh jer survive,contonyer macam mak aku akan tetapi kalo lelaki bininyer mati dia tak bleh survive...pasti dia akan nikah satu lagi dan aku tak sangka sangat cepat Puteh dapat pengganti...

masa bergerak dengan pantas dan aku membilang hari biler maner undangan pernikahan nyer dijemput @ diundang...dan ini sudah suratan beler maner Puteh bukan untuk aku selayaknyer...

~ T~A~M~A~T ~


p/s : Honey,mungkin kita dijodohkan tapi jadilah lelaki yang benar2 ISLAM kerna ALLAH...

Tuesday, September 13, 2011

Salman Khan vs Akon





Aper yang korang pikirkan biler aku letak gambar jantan dua ekor nie Salman Khan vs Akon...Fizikal luaran badan nyer sasa siot dan mantap giler-giler...nie yang buat aku tak keruan nie siang malam...that why aku setia tahap gaban ngan Honey sebab Honey adalah klon dari mamat dua ekor nie...sasa macam Salman Khan dan manis macam Akon...




Cinta aku dan kasih sayang aku pada Honey bukannyer cinta Mee Segera lagi....sudah insaf dari mencari cinta Mee Segera.....aku dah penat mencari cinta dan aku pohon pada ALLAH biarlah Honey yang terakhir.




Dalam pemilihan calon suami, luaran dan dalaman sangat diutamakan..sebab aku nak hidupkan ngan kau dunia dan akhirat,bukanyer hari nie dan esok aku tukar yang lain.....Dalamna perlu diutamakan terlebih dahulu. Tak kan kau sampai hati nak seret aku ke Neraka kot.... that why dalaman aku dulukan.




Honey, tempoh 3 tahun yang aku berikan, moga-moga terbuka pintu hati mu dan benar-benar kamu dapat menerima ISLAM dengan seikhlas hati bukannyer paksaan dari aku. Maka dengan itu Ciri-ciri lelaki pilihan aku yang paling utama sudah pastinya adalah Agama ISLAM, seorang lelaki yer bukan homosek dan pastinya kau adalah seorang lelaki yang dapat membimbing aku dan mendekatkan diri pada ALLAH.... kau jua adalah lelaki pilihan ALLAH untuk ku untuk dunia akhirat...




Now talking about luaran plak, bab nie aku suker huraikan ngan lebih terperinci... Almaklumlah, barang yang aku nak pakai mestilah berkualiti dan tahan lama. Betul tak??Tipu kalau korang kater, cukup setakat baik, itu sudah menjaminkan kebahagiaan....Tapi bagi aku servis mesti baik punyer, sebab kalau tidak manakan sampai aku ke KL. Mungkin aku dikatakan tak sedar diri punya perempuan. Almaklum jer lah aku nie tak lawa sangat pon tapi aku dilahirkan cukup sempurna oleh ibuku. ALHAMDULILLAH....





Monday, September 12, 2011

Honey, aku sangat kangan sama kamu




Aku perlu kamu HONEY untuk temani hari aku. Temani hari mendatang aku.

Aku pasti kamu cowok istemewa dan lain dari yang mana aku pernah kenal.
Honey, kamu pernah bilang bila kamu tak puas sama aku. Sometime kamu bilang aku salah. Sometime kamu bilang aku benar. Kamu benar-benar cowok yang mencerminkan siapa aku. Mana mungkin aku lupakan bila mana kamu tiupkan aku kata-kata semangat bila aku butuhkannya. Kamu cowok romantis bangat bila mana kamu pinjamkan aku bahu kamu disaat aku perlu kamu.


Honey, aku sangat kangan sama kamu disaat ini. Sangat kangan waktu aku sama kamu. Aku kangan dengan senyuman kamu. Lirikan kamu. Gelak tawa kamu. Pekikan kamu. Aku kangan bila mana kamu marah pada aku acap kali aku salah.

Dan paling utama, aku kangan akan haba tubuhmu waktu mana kamu peluk aku. Aku kangan akan semua itu, Honey..

Sampai mati aku akan cinta dan terus mencintai kamu Honey kerana ALLAH….

INSYAALLAH…..
*******************************************************

p/s: Honey, kamu dimana? Aku kangan sama kamu nie….





Wednesday, September 7, 2011

Benarkah Cintu Itu Bukan Memiliki ?

Adakah benar pabila kamu mencintai seseorang, kemunkinan dia bukan milik kamu? Justeru itu adakah benar Cinta Itu Bukan Memiliki? Jika benarlah bagaimana ngan aku? Ku tuai padi ngan harapan akan masak tapi kini.....aghhh, pepatah ini bikin aku sengsara dan aku takot tuk menghadapinya jika benar....
Tapi cinta aku pada honey ibarat seperti cinta Kagome dan Inuyasha ( manusia separuh raksasa separuh) , begitulah ibarat cinta aku dan honey yang mana mungkin akan terjadi lantaran mata-mata yang memerhati dengan seribu bahasa yang tersirat....



Bagiku cinta itu sangat indah hinggakan ianya sukar untuk ditafsirkan. Dalam dunia cinta, mana mungkin kita akan lari dari pahit manis kelat maung suka duka sedih gembira bersama pasangan, sedangkan air laut pun ader pasang surutnyer.... seperti aku dan honey, peperangan sentiasa akan berlaku bukannyer kerna tak sefahaman tapi dari peperangan itu lah aku akan kenal dan lebih kenal saper honey sebenarnyer.

Prinsip aku biler aku bercinta mestilah berakhir ngan gerbang perkahwenan, dalam erti kata aku ingin memiliki honey selamanya dunia akhirat..amin.

Tapi sesungguhnya aku mengetahui, bukan semua perkara yang aku inginkan dapat aku kecapi dan begitu juga dengan cinta aku dan honey. Lumrah alam biler bercinta tak semestinya akan berakhir dengan gerbang perkahwenan. Benarlah kata pepatah bercinta tidak semestinya memiliki...itulah hakikat yang perlu aku hadapi jika benar aku bukan untuk honey dan biler maner honey bukan untuk ku....

Hinggakan aku terkadang terfikir, adakah perlu untuk aku berdiam diri tanpa usaha dan hanya berdoa mengharapkan ALLAH menemukan jodoh aku?

Biler bercerita pasai cinta nie, aku ader satu story yang maner aku copy paste dari http://selangor2u.com/
****************************************************************
Seorang murid bertanya kepada guru,
"Cikgu,bagaimana kita nak tahu yang pasangan kita pilih adalah yang terbaik?"
Kemudian guru terbabit menyuruh anak muridnya ke padang, "Ok, sekarang kamu pergi cari rumput yang paling sempurna tapi kamu tidak boleh berundur ke belakang"
Selepas itu murid terbabit berjumpa dengan guru dangan tidak membawa sebarang rumput.
"Saya tidak jumpa rumput yang terbaik, apabila saya pilih nampak satu rumput saya rasa di hadapan sana ada lebih banyak yang terbaik tetapi bila saya ke depan saya rasa yang sebelumnya lebih baik tetapi saya tidak boleh berpatah balik ke belakang".
****************************************************************
Pengajaranyer, kiter seharusnya menerima seadanyer pasangan kiter jika benar-benar kita menyintainyer. Yer, memang benar itu yang aku lakukan dalam hidup ku bahawasanya aku menyayangi honey kerna ALLAH dan kerna ALLAH jugalah aku ingin memiliki honey dunioa akhirat..aku ingin sekali honey kenal saper ALLAH sebenarnya, pencipta sealam semesta dan juga mahu setiap amalan nyer dikira sebagai pahala...

Jangan lah juga kita terlalu mengharapkan yang lebih baik tetapi akhirnya kita sendiri yang akan kecewa dan menyesal dengan tindakan kita sendiri... ianyer seperti maner jika adanyer dua pilihan didepan mata dan seharusnya engkau perlu pilih salah satu diantara keduanya, lantaran itu yang mana satukah pilihan mu; pilihan pertama atau pun pilihan kedua ??? jika ditanya pada aku, aku pilih honey yang maner honey pilihan ku pabila aku dikecewakan oleh seorang lelaki yang dulu kala aku sayang tapi kau wahai lelaki sangat tegar mempermainkan hati dan perasaan aku...dan pabila kau mahu kembali, aku maafkan kau tapi untuk kembali pada kau itu maner mungkin sekali akan berlaku... pada dasarnya aku pilih honey untuk merawat luka yang parah tapi bertukar dari kawan menjadi honey.... aku syukur pada ALLAH dan aku berterima kaseh pada kau wahai lelaki yang maner jika kau tidak kecewakan aku dan maner mungkin aku akan bersama honey... honey adalah lelaki aku dambakan selama ini yang menerima baik buruk luar dan dalam diri aku nie... padaMu Ya ALLAH, aku bermohon dijodohkan dan diizinkan hidup bersama dunia akhirat...amin.

Friday, July 29, 2011

so renung renungkan dan selamat beramal.....

Gud Morrning everybody.................


pagi nie aku wake up ngan penuh persoalan dan tak sabar nak gi ofis sebab nak tau aper result bola malam tadi....ternyata agakan aku tepat giler dan aku suker sangat dengan resultnyer.....teramat aku suker dan aku hepi giler giler...

Hari niie satu ari akan aku pastikan aku ceria dan hepi dengan senyuman bila maner aku fikir peluang Honey nampaknyer sudah cerah giler... "Ya ALLAH, murahkan lah rezeki lelaki yang aku sayangi ini (honey) dunia akhirat ini".

Last year, Honey gi Kota Singapore gi main bola kat sana ngan pasukan yang bertanding malam tadi tue..... tapi sayang dapat offer tapi aku yang tak bagi pegi sebab aku takut honey akan tinggalkan aku...dapat offer kat Kota Indonesia pun aku tak izinkan pegi sebab jauh sangat dari pandangan mata aku....sudahnyer honey cuma duduk kat cini dan main bola kat cini jer..... dah 2 tahun aku dan honey tunggu offer dari cini tapi tak tau lah naper depa nie suker sangat main tarik tali...kalo korang betoi nak amik honey aku, korang tak payah fikir dan terus amik jer. tapi kalau korang was-was tak pasti , aku mintak korang habaq awai2 dan jangan buat aku dan honey tertunggu.... disebabkan aku dia duk stay kat cini lagi kalau tak dah lama dia blah jer.... asik panggil training sajer untuk aper??? kalau betoi honey berpotensi terus ambil sajer lah tak perlu fikir warna kulit...kita niekan semuanyer sama tak der yang membezakan cuma iman dan takwa jer...so renung renungkan dan selamat beramal.....

Friday, July 22, 2011

BANGGA SANGAT KE COUPLE/ KAHWIN WARGA ASING?

Wahai kengkawan aku yang sekelian alam...kalau dilihat tajuk nyer enty nie mungkin korang dah dapat bayangkan aper yang aku nak kata kan ' BANGGA SANGAT KE COUPLE/ KAHWIN WARGA ASING?'

Entry nie aku karang sebab aku tergoogle dan aku pon baca entry nie dan banyak betoi pengomen...meh cini aku pon nak komen gak tapi berbentuk luahan hati aku sendiri tanpa ader penglibatan orang luar mahupun orang dalaman.... sebelum aku mula berbicara, cikit nasehat ku untuk kalian bahawasanyer kiter nie semua sama ALLAH jadikan dan yang membezakan iman dan takwa..saper kita untuk menilai dan menghina sesama manusia baik lelaki atau pompuan...renung-renungkan dan selamat beramal....

Dan ini jawapan aku ' aku tak pernah bangga dan aku pun tak pernah merasa syok ker bercintan ngan mereka. yang aku tau niat aku satu iaitu aku nak dia mengenal Islam dan mahu segala amal kebaikannya dibalas ngan pahala. actually aku nak cari lelaki macam zaman Nabi iaitu Bilal bin Rabah..aku nak cari lelaki macam tue, that why aku tak putus-putus doa pada Yang Esa mohon ALLAH beri petunjuk nur dan hidayah pada lelaki aku iaitu Honey. hitam atau putih itu bukan persoalannyer... berpelajaran tinggi jugak bukan jaminan menentukan masa depan engkau cerah secerah nyer...dan jika benar Honey itu jodohku aku terima dengan redha, sesungguhnya ALLAH itu sudah mencaturkan hidup kiter sebenarnya...bahgia atau tidak kawen sama foreigner, itu urusan ALLAH, aper yang kiter perlu lakukan usaha dan doa seterusnya tawakal...sesungguhnya ujian dan dugaan dalam kehidupan itu ader hikmah nyer yang maner mungkin untuk menguji sejauh maner iman dan takwa mu pada ALLAH yang satu...aku percaya, selalunyer ujian dan dugaan itu lah berlandaskan sejauh maner iman mu, ALLAH lebih mengetahui akan segala-galanya .... '

Persoalan yang selalu diutarakan pada aku dan acap kali aku merasa bosan ' mengapa saja tidak dicari lelaki melayu? sudah pupus kah lelaki melayu dibumi Malaysia nie?'

Ini jawapan aku ' kisah silam aku biarlah berlalu, cuma ALLAH dan aku saja yang mengetahui betapa hebatnyer aku membenci lelaki melayu dan kerna mereka hidup aku sengsara sepenuh mati, hidup ku gelap tapi ALLAH gantikan aku dengan ilmu dan kerja yang aku jawat sekarang nie..ALHAMDULILLAH.' bukan aku membenci 100% lelaki melayu tetapi masih ade sekulimit ruang ku pader lelaki melayu tapi aku ader impian aku sendiri iaitu mengIslamkan lelaki ku Honey dan pahalanyer dibalas kebaikan... aku nak cari lelaki macam Bilal bin Rabah di zaman cyber nie...

Kalau engkau nak katakan lelaki asing nie banyak yang jahat dari yang baik. Saper yang tau? Aku bukan nyer defends yang mat saleh tue baik tapi korang kena ingat dalam lelaki melayu juga ader yang baik dan ader yang buruk... Kalau dibolehkan nak jer aku rungkai kan satu persatu. Terlalu banyak ketidakjujuran lelaki dalam alam perkahwinan terutamanyer. Aku bukannyer kater lelaki melayu tak jujur tapi pendapat aku semua lelaki sama tak kira lah engkau melayu ker foreigner ker, hitam ker , sawo matang ker, jawa ker , puteh ker...sebenarnya korang sama jer... dah namernyer lelaki kan, so tak salah aku katerkan memang korang samer jer untuk semua kan...

Betul nasehat korang kena pandai memilih dan betul-betul buat pilihan yang tepat...Persekitan aku membuatkan aku melihat kebanyakan lelaki jujur depan isteri nyer tapi dibelakang mereka, engkau wahai suami bermain dengan api tak kira anak dara ker bini orang ker tak pun mak jan... lebih-lebih lagi bila bini korang membusung, pantang ader peluang korang pun buat skandal. aper citer semua nie...makin hampir aku nak kawen makin kecut aku dibuatnyer.itulah lelaki di alam cyber sekarang nie....

Itue citer kalo yang dah berkawen, dan ini plak citer yang bujang tang-tang...perghhh.... kalo bab pilih memilih bagilah korang yer....bab komen mengomen korang lah punyer... ngan ego tinggi macam cipanzi dan claim jugak diri engkau makhluk Tuhan yang paling baik dimuka bumi ALLAH ini...aper citer???

Banyak yang aku lihat dan alami, kalu dulu 10 tahun dulu, 20 tahun dulu engkau nak kater diri engkau makhluk Tuhan yang paling baik dimuka bumi ALLAH ini, ya aku boleh terima lagi tapi sekarang aku akan sangkal dan menyangkal sepenuh nyer....bukan aku nak kater semua tapi yer memang benar ader segelintir yang tergolong bahawa engkau bukan makhluk Tuhan yang paling baik dimuka bumi ALLAH ini...

Lumrah sebelum kawen bahawanyer engkau insan yang memahami, penyayang, hormat mak ayah aku dan segala kebaikan kau tunjukan sehingga mak ayah serta aku pon tertipu....tapi hakikat habis madu sepah dibuang, itulah lelaki baik melayu atu foreigner, hitam atau putih...betapa susah nyer diabad ini untuk mencari lelaki yang benar-benar baik dan jujur dalam alam rumahtangga....

Mungkin ader yang berkater ' pompuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik' ...memang itu aku akui, ( tapi aku kesal ader gak lelaki yang tak menghargai betapa baiknyer pasangan korang dan mengapa perlu engkau khianatinyer ngan skandal murahan engkau itu,sudah lanjut usia, sudah bercucu, sudah beranak-pinak, sudah berhaji/berhajah dan mengapa perlu skandal, kurang kah kaseh sayang dan mengapa tidak berterus-terang? itukan lebih baik dari engkau melakukan skandal murahan.. yer, ajk masjed jugak belum tentu engkau setia bukan? persoalan ku begini, mengapa pabila wifemu memboyot engkau membuat skandal murahan.. dan jika engka tidak menyayanginyer dan mengapa perlu menikahinyer? sesudah engkau melanyak siang dan malam sehingga habis madu nyer kini sepahnyer engkau buang...siapakah korang sebenarnyer? Tahukah engkau ALLAH itu sentiasa melihat perilaku korang baik laki atau pompuan, so berhati-hatilah dalam pergaulan. ingatan ini juga selalu aku ingatkan untuk aku yang selalu alpa dan leka pabila rasukan setan berbisik-bisik ditelinga, dihati serta minda. Ya ALLAH, kuat kan iman ku Ya ALLAH. amin ) dan mungkin korang akan berkater ' mungkin kau bukan pompuan baik that why kau sampai sekarang tak kawen dan tak jumpa teman yang benar-benar baik untuk kau'.. Aku tak berkecil hati biler maner kawan ku berkater aku adalah pompuan yang tak laku sebab age macam aku nie sepatotnyer dah kawen dan dah ader anak satu tapi ko still tak kawen lagiiiii.... ( jangan isau kengkawan aku maseh waras lagi dan tak akan sesekali akan kebas laki korang sebab aku maseh lagi pegang pesanan mak ayah aku jangan sesekali kacau rumahtangga orang dan jangan sesekali kebas laki/suami orang. mungkin hari nie kiter bahagia ngan airmata orang yang kiter hancurkan tapi esok lusa kiter tak tau tapi ALLAH itu Maha Adil dan Maha Mengetahui...)

Perkahwenan adalah satu bab yang maner aku memulakan hidup bersama orang yang aku tak kenal dan yang maner darah aku tak mengalir kat badan ko dan darah ko tak mengalirkan badan aku, cuma yang menghalalkan aku dan kau adalah akad nikah sajer... Bagiku perwatakan sebelum kawen dan selepas kawen sangat berbeza 100%..Dan jangan lah kalian mengatakan sudah mengenal pasangan masing-masing sehingga kalian benar-benar menikahinyer...biler sudah sebumbung baru lah korang mengetahui sesungguhnyer maner kebaikan dan yang maner keburukan pasanganyer....

Aku tak kater aku kenal Honey 100%, tapi berlandaskan ALLAH aku percaya pada satu ajer, aku tawakal banyak-banyak biler maner aku perlu jujur dan ikhlas dalam pergaulan... prinsip aku cuma satu, ALLAH Maha Mengetahui aper yang aku rasa dan alami dan ALLAH jua mengetahui sesungguhnyer Honey itu baik untuk aku atau tidak... Selalu juga aku berpesan pada Honey bahawasanyer ALLAH mengetahui betapa sayangnyer aku pada dier dan ingatlah setiap perbuatanya ALLAH melihat samada Honey jujur atau tidak kerna aku tak bisa melihat dan mengetahui kerna Honey jauh dari mata pandangan aku dan ianyer diluar batasan penglihatanku... Sejujurnya aku berserah pada ALLAH jika Honey itu baik untuk aku, maka ALLAH akan jodoh kan aku dan Honey. Aper jua keputusan ALLAH aku terima dengan redha....kerna aku cuma perancang dan benar aku sudah merancang dengan penuh strategik tapi ALLAH lebih mengetahui akan segala-gala nyer.... that why hitam atau putih aku tak pandang itu semua, berilmu tinggi atau tidak bukan ukuran, cukup bagiku Islam agamanyer...amin

p/s: Untuk Honey, doaku di hari Jumaat ini moga engkau diberi petunjuk nur dan hidayah untuk mengenal Islam.... "Ya ALLAH, kurniakan lah nur dan hidayahMu kepada lelaki yang aku sayangi ini dunia dan akhirat. amin"




Strawberry Letter 22