" Manusia diberi hak seluas-luasnya untuk berusaha dan terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa. "
Seperti mana kita teringin makan sesuatu yang enak, tapi bolehkah ia hadir tanpa kita berusaha seperti gigih bekerja untuk mencari duit yang halal sebelum memiliki makanan yang enak tadi. Maka usaha itulah yang akan menjadi penentu pada ketentuan takdir Ilahi.
Seperti juga dalam pencarian jodoh. Lumrah alam manusia itu ingin memiliki dan dimiliki. Aku juga tidak ketinggalan dalam bab ingin memiliki dan dimiliki.
Kerana aku ingin memiliki impian aku itulah yang membuat aku tersasar dari landasan kebenaran. Aku jauh tersesat......
Dan kini aku menyedari dan aku nekad untuk bangkit demi membersihkan segala kekotoran yang pernah aku calitkan dulu. Aku menyesal dengan penuh penyesalan akan dosa-dosa silam ku. Aku bersyukur kerana ALLAH maseh bersama aku lagi dan ' terima kaseh akan kaseh sayang-Mu Ya ALLAH '.
Dulu, antara cinta dan agama. Aku pilih Honey. Aku pilih cinta. Tetapi aku tewas akhirnya.
Kini, antara cinta dan agama. Aku pilih agama. Aku pilih Puteh. Aku pilih akan kesempunaan untuk dunia dan akhirat. Aku pilih kebahagiaan akhirat.
Aku tahu yang mana jodoh ialah salah satu qada' ketentuan Allah Taala seperti rezeki dan ajal seseorang insan yang bernama manusia. Semuanya itu termaktub sejak azali lagi.
Seperti mana kawan aku pernah bilang ‘ kita tidak boleh berserah bulat-bulat hingga terkulat, apabila sampai suatu masa kita telah berputus asa dan mengatakan ini adalah takdir Ilahi. Apakah kita tahu itu ialah takdir Ilahi? '
Maka sebab itu lah hingga kini aku berusaha, berikhtiar dan berdoa supaya jodoh itu aku miliki. Sesungguhnya doa adalah senjata orang mukmin. Mendekatkan jodoh dengan doa adalah amalan para solifus soleh. Dan itulah yang aku praktikkan.
Dan seterusnya aku berserah dan bertawakal pada ALLAH.
Dan apa jua keputusan akan aku terima dengan penuh keredhaan dan ketelusan hati.
Amin
p/s: aku sedar diri yang mana aku telah ditolak untuk kali pertama, tetapi aku yakin dengan janji ALLAH.
No comments:
Post a Comment