Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.
Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
sumber ini aku petik dari http://doaharian.blogspot.com/2007/04/doa-solat-istikharah.html
Aku dah melakukan dalam masa 2 , 3 hari yang lepas dan malm tadi aku stop melakukannya. Bukan kerana aku tidak mempercayai akan keputusannya, akan tetapi aku nekad sebulat hati dan pemikiran untuk mengundurkan diri dari mengharap.
Aku yakin inilah keputusan yang baik untuk aku lakukan, walaupun aku tau ' baik bagi aku belum tentu baik bagi ALLAH '
Tapi aku lakukan kerna aku sedar diri akan siapkah diri aku sebenarnya. Banyak kekurangan dari kelebihan.
Cinta itu tidak semestinya memiliki. Kadang-kadang cinta itu boleh jadi, doakanlah kebahgiaannya kerna seandainya insan yang kau sayangi itu bahagia, kau juga turut bahagia. Itu lagi tepat dalam istilah cinta. Cinta juga perlukan pengorbanan. Dan aku redha. Aku doakan sidia bertemu dengan insan yang dipuja dan sayang.
Dan aku biarlah aku serahkan segala-galanya kepada ALLAH kerna DIA lagi berhak keatas hidupku kerna hidupku dan matiku kerna ALLAH.
Seandainya aku tak ketemu cinta didunia ini, aku mohon diketemukan cinta yang kekal abadi suci murni di akhirat. Apa yang penting sekarang aku ingin bersihkan diri aku sebersih bersihnya atas apa jua dosa yang aku lakukan mahupun dosa kecil atau dosa-dosa besar. Walaupun segunung tinggi dosaku dan seluas lautan dosaku, cuma satu aku pohon kan keampunan dari ALLAH.
Tiap-tiap hari aku berdoa semoga aku tidak tersasar dari landasan-NYA lagi.
Cukuplah dosa-dosa dan maksiat yang aku lakukan dulu dan kini aku harap kan hidup aku akan secerah mentari di pagi hari yang menyinari hidup semua makhluk di atas muka bumi dan jua di dasar lautan.
Amin.
No comments:
Post a Comment