dah menjadi rutin harian mingguan bulanan aku akan call hotline PTPTN 03-20804455.
aku bukan nyer nak mengacau PTPTN dipagi hari akan tetapi aku cuma nak satu jawapan..dan susah sangat ker PTPTN nak bagi jawapan...
dan pertama kali lah, aku naik angin satu kepala biler PTPTN wat dajal kat aku... aku bukan nyer suka-suka nak marah tanpa bersebab akan tetapi alasan yang korang bagi kat aku tue tak concrete macam tembok tebing china tue dan macam mana aku nak terima... silap lah biler ko wat pedajal kat aku dan pasti mulut aku yang cabul nak maki luar dalam jantan betina akan kuar bagai...tolong lah PTPTN , wat keje biar telus, jangan sekadar melepas batuk ditangga dan korang tau bahawa segala perbualan dirakam dan jangan disebabkan kejadian pagi tadi korang terus blacklist panggilan aku..dan aku sanggup turun naik kat ibu pejabat PTPTN kerna semata-mata aku nak dapat kan satu jawapan..
dan satu jawapan aku adalah ...
'wahai cik PTPTN, berapa jumlah kos guaman saya yang perlu saya bayar? tolonglah...dah tak sanggup nak tunggu nanti banyak tunggakan yang awak kenakan keatas saya...macam manalah saya nak sara hidup kat zaman serba serbi semuanyer mahal dan cekik darah nie...nampak gayanyer kena kawen Dato kaya raye lah lepas nie..hehehe...'
tak per, next week aku call lagi...esok kiter kena kasi sejuk sebab hari nie aku dah bikin panas ngan orang PTPTN....
No comments:
Post a Comment